Tentera Israel dilihat berhampiran sempadan dengan Semenanjung Gaza, di selatan Israel, pada 27 Mei 2024. Foto Xinhua

BAITULMAQDIS – Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengesahkan “insiden tembakan” berlaku “di sempadan Mesir,” selepas media Israel melaporkan berlakunya tembakan antara askar Israel dan Mesir di persimpangan Rafah pada Isnin.

“Beberapa jam lalu terdapat insiden tembakan di sempadan Mesir, kejadian itu sedang dalam siasatan, dan dialog sedang berlangsung dengan pihak Mesir,” kata IDF.

Jerusalem Post melaporkan, seorang askar Mesir terbunuh dalam kejadian itu, tetapi Channel 14 Israel menafikan berlaku kemalangan jiwa.

Akhbar harian Maariv Israel memetik sumber di IDF sebagai berkata, tentera Mesir melepaskan tembakan terlebih dahulu ke arah tenteranya yang membalas tembakan.

Bagaimanapun, Al Araby, sebuah saluran berita yang beribu pejabat di Qatar, memetik sumber Mesir sebagai berkata, IDF yang memulakan pertempuran,

Channel 13 melaporkan awal hari Isnin, “kejadian luar biasa” berlaku antara askar Israel dan Mesir di persimpangan Rafah. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast