Fahmi menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani di Sungai Bakap sini, hari ini.

NIBONG TEBAL – Kedatangan menteri serta ahli politik turun ke lapangan khususnya Sungai Bakap bukan untuk menaburkan ‘gula-gula’ meskipun Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal berlangsung di kawasan itu nanti.

Sebaliknya, Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil berkata, menteri sentiasa akan berada di lapangan sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas beliau, ia juga bagi melihat masalah dihadapi rakyat selain berusaha mencari jalan penyelesaian bagi isu berbangkit.

“Dakwaan (menteri turun kawasan PRK) tabur ‘gula-gula’ tak betul.

Fahmi.

“Saya berada di sini kerana ada kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak petang nanti untuk menyampaikan jemputan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.

“Jadi saya ambil kesempatan untuk adakah program di bahagian Seberang Perai kerana pertemuan bersama TYT itu di Pulau jadi kita kita fair (adil) kepada kedua belah serta tak jadi isu,” katanya kepada pemberita selepas diminta mengulas mengenai dakwaan ramai menteri, timbalan menteri turun ke kawasan Sungai Bakap bagi menabur gula-gula PRK.

Terdahulu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani di Sungai Bakap sini, hari ini.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, beliau juga menggunakan kesempatan sama untuk mendengar keluhan masyarakat berhubung isu air di daerah Seberang Perai Selatan.

“Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir juga telah hadir dua hari lalu bagi meneliti isu tersebut dan saya nak tegaskan di sini bahawa kita akan terus berkhidmat tanpa mengira tempat,” katanya.

Media pada 4 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan pelbagai usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di daerah Seberang Perai Selatan (SPS). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast