KUALA LUMPUR – Menunaikan umrah adalah impian semua umat Islam kerana ia ibadah yang dituntut dalam agama terutamanya bagi golongan berkemampuan.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, lebih ramai jemaah yang memilih dan lebih selesa mengerjakan umrah secara sendiri atau DIY dan ia kini semakin menjadi trend popular.
Apatah lagi pada zaman ini menerusi ledakan teknologi, ia membolehkan bakal jemaah merancang lebih awal dengan melakukan sendiri bermula membeli tiket penerbangan, permohonan visa dan menempah hotel berbersesuaian mengikut keselesaan dan kemampuan diri.
Semuanya di hujung jari tanpa perlu lagi berurusan dengan agensi pelancongan dan syarikat pengendali umrah yang kebiasaan menawarkan harga pakej yang agak mahal.
Namun bagi Pengarah Urusan, Juara Travel & Tours Sdn. Bhd. Rosnah Wagino berkata, bakal jemaah masih terdedah dengan risiko sekiranya merancang menunaikan umrah DIY tanpa pengawasan syarikat pengendali umrah.
Jelas beliau, ini kerana masalah akan timbul apabila berlakunya kematian dan membabitkan masalah kesihatan di kalangan jemaah.
“Umrah DIY ini risikonya semua ditanggung sendiri yang melibatkan sakit walaupun kita ada Konsulat di sana tetapi ianya perlu diuruskan sendiri apatah datang dengan ahli keluarga yang ramai dan salah seorang ditimpa masalah kesihatan.
“Jemaah juga perlu mengurus sendiri dengan hospital yang menyebabkan isu kematian dan berurusan dengan Konsulat. Namun jika menunaikan umrah DIY dengan syarikat pengendali umrah atau agensi pelancongan, semua urusan itu dari ‘A to Z’ dikendalikan oleh mereka.
“Apa yang kita risau menunaikan umrah DIY ini apabila kita sakit di hospital dalam tempoh yang lama dan berlakunya kematian,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di pejabatnya di sini, baru-baru ini.
Ibadah umrah bagi musim baharu akan bermula hujung Jun ini sehingga pertengahan Mei 2025 dan dianggarkan lebih 400,00 jemaah Malaysia menunaikan umrah pada musim lalu.
Mengulas lanjut, Rosnah menambah, kebanyakan jemaah DIY akan menggunakan visa pelancongan di mana memiliki pro dan kontra yang perlu ditanggung.
Jelas beliau, bagi yang masih berminat dengan umrah DIY, konsep itu boleh dengan dilakukan dengan pengawasan pihaknya bermula dengan kursus secara percuma sehingga selamat kembali ke tanah air.
Ujarnya apatah lagi, harga umrah DIY dengan pakej yang ditawarkan syarikat pengendali umrah tidak jauh berbeza dan masih murah di bawah RM6,000.
“Kita dengar macam-macam isu umrah DIY yang bermasalah dan kita hendak selamat mereka yang terpengaruh dengan mereka yang berjaya pergi tanpa masalah. Mungkin perjalanan ke hotel di sana tiada masalah tetapi hukum hakam ibadah umrah yang memerlukan pemahaman mendalam.
“Jemaah boleh melakukan tawaf dan saei namun mungkin ada kesalahan berkaitan ibadah yang dilakukan kerana tiada bahan rujuk dan hanya belajar sendiri kerana menganggap ibadah umrah ini nampak mudah.
“Namun ada tanpa sedar melakukan kesalahan terutama di kalangan jemaah wanita. Nasihat saya lebih baik menunaikan umrah DIY dengan syarikat pengendali umrah agar terjamin ibadah dan kebajikan sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.
Sementara itu, Rosnah berkata, Juara Travel & Tours kini menawarkan Pakej Umrah Eko-Mampu pada harga bermula RM5,990 bagi membolehkan semua rakyat Malaysia tanpa peringkat umur terutamanya B40 untuk mengerjakan ibadah tersebut.
Beliau berkata, keistimewaan pakej tersebut ditawarkan pada harga seperti DIY yang dipimpin oleh mutawif berpengalaman bermula dari kursus umrah percuma dan kebajikan dijaga sehingga kembali ke tanah air.
Katanya, sebanyak tiga penerbangan ditawarkan bermula 27 hingga 29 Disember depan dengan sasaran lebih 300 jemaah.
Musim lalu, syarikat itu berjaya membawa seramai 13,00 jemaah ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah dengan jemaah berulang adalah sebanyak 30 peratus. – MalaysiaGazette