Home Utama Isteri tuntut fasakh punca dibunuh suami

Isteri tuntut fasakh punca dibunuh suami

KUALA LUMPUR – Wanita yang dibunuh oleh suaminya di di sebuah hotel di Pekan Batu Gajah, Perak kerana suspek tidak berpuas hati apabila mangsa masih mahu meneruskan tuntutan fasakh walaupun telah dipujuk.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa dating ke hotel secara berasingan dan menginap di bilik yang sama, semalam.

Katanya, suspek yang berusia 36 tahun telah dating ke Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya pada jam 2 petang tadi.

“Suspek ingin menyerah diri kerana dipercayai telah menikam mangsa yang berusia 32 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek sudah ditangkap untuk siasatan lanjut.

Md Noor berkata, polis telah memenui susuk badan mangsa dengan kesan tikaman di alam bilik hotel dan sebilah pisau turut dijumpai di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Supritendan Gunaselan A/L Vijaya Kumar di talian 012-363 4341 untuk membantu siasatan. – MalaysiaGazette

Lelaki mengaku bunuh isteri serah diri