Foto: MKN

PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa pada 1 Julai lepas.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Datuk, Raja Nushirwan Zainal Abidin dalam kenyataan hari ini berkata, Mohd Rabin menggantikan Jen (B) Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin yang menamatkan perkhidmatannya pada 30 Jun lalu.

“Kerajaan amat yakin atas kewibawaan Mohd Rabin untuk merealisasikan misi ini dengan baik, berkesan dan mampu mencapai dampak positif serta signifikan kepada Proses Dialog Damai Selatan Thailand yang sedang berlangsung.

“(Ini) berbekalkan pengalaman luas sebagai bekas Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara sebelum ini,” katanya.

Raja Nushirwan berharap Mohd Rabin dapat memainkan peranan lebih efektif serta konstruktif dalam mempercepatkan usaha ke arah mewujudkan persekitaran aman dan damai di Wilayah Sempadan Selatan Thailand.

Beliau bagi pihak kerajaan turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada Zulkifli.

Zulkifli katanya, akan meneruskan tanggungjawab serta komitmen sebagai Penasihat/Fasilitator Proses Damai Mindanao. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast