Gambar hiasan

SINGPURA- Sepuluh suspek berkaitan konspirasi penipuan telekomunikasi sedang disiasat selepas polis menemui 125 kad SIM di dalam sebuah kereta yang terlibat kemalangan di Yishun.

Suspek yang terdiri daripada sembilan lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 71 tahun itu dipercayai terlibat dalam konspirasi penipuan dan telah mengaut wang sebanyak S$200,000 (RM694,601), kata polis dalam satu kenyataan.

Pada 11 Jun lalu, sebuah kereta dan van terlibat dalam kemalangan di Yishun Avenue 11 kira-kira 6.10 pagi.
Pegawai polis yang menguruskan kemalangan itu secara kebetulan terjumpa 125 kad SIM daripada pelbagai penyedia perkhidmatan telefon bimbit di dalam kereta berkenaan dan segera menahan pemandu kereta terbabit serta seorang penumpang.
Siasatan lanjut menemukan skim penipuan yang melibatkan pemalsuan pendaftaran profil perniagaan.

Suspek didakwa menggunakan profil-profil berkenaan untuk memohon pelan talian yang membolehkan pelanggan membeli telefon bimbit pada harga diskaun.

Suspek kemudiannya menjual telefon berkenaan untuk mendapaktkan keuntungan, sementara kad SIM disimpan bagi tujuan haram yang lain.

Dua lelaki berumur 22 dan 29 tahun berhadapan dakwaan memiliki barangan untuk tujuan penipuan.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara sehingga setahun, dedan sehingga S$3,000 atau kedua-duanya sekali.

Dua lelaki lain berusia 33 dan 46 tahun pula didakwa berkonspirasi untuk menipu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Baki enam lagi suspek berusia 37 dan 71 tahun ditahan bagi membantu siasatan.- The Straits Times (Singapura)/ANN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast