MANILA- Sembilan mayat warga asing ditemui di beberapa kawasan di Pampanga, di sini.
Polis wilayah berkata, enam daripada mayat berkenaan adalah warga China manakala masing-masing satu rakyat Vietnam, Malaysia dan Jepun.
Pengarah Polis Pampanga, Kolonel Jay Dimaandal semasa dalam temubual bersama radio dwPM berkata, tiga daripada mayat warga China itu ditemui di bandar Porac.
Katanya, satu serbuan telah dilakukan di kompleks pengendali judi luar pesisir Filipina (Pogo) di Porac bulan lepas.
Seramai 186 individu berjaya diselamatkan susulan laporan terdapat aktiviti pemerdagangan orang yang mana sebahagian pekerja asing didakwa diseksa atau dijual untuk tujuan seks.
Bagaimanapun menurut Dimaandal, beliau tidak boleh mengesahkan sama ada kematian tiga warga China di Porac itu mempunyai kaitan dengan kes di Pogo.
“Sebenarnya, kami masih belum boleh membuat sebarang pengesahan, contohnya berkenaan mangsa warga China berkenaan, berdasarkan rakaman CCTV, kenderaan mereka datang dari arah Metro Manila sebelum satu pergaduhan menggunakan senjata api berlaku dan mayat mereka ditemukan di sini.
Bulan lepas, mayat dua ahli perniagaan China yang dipercayai diculik ditemukan di Camarine Sur.- Inquirer Net