Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah melantik syarikat pembetungan nasional, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) sebagai agensi pelaksana bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf 636 buah loji rawatan kumbahan di seluruh negara bagi mematuhi Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009 bermula 13 November 2020

Kerja-kerja itu menelan kos berjumlah RM142.8juta.

Bagaimanapun, sekitar tahun 2022 sehingga awal tahun 2023, kelewatan telah direkodkan ke atas 129 lokasi projek-projek berkenaan.

Kelewatan itu berpunca daripada situasi pandemik wabak Covid-19 dan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan, kekangan membawa masuk peralatan mekanikal dan elektrikal yang perlu diimport dari luar negara, kenaikan kos bahan binaan dan peralatan serta kekurangan tenaga kerja dan buruh binaan bagi melaksanakan kerja-kerja berkenaan pasca pandemik.

“SPAN dan agensi pelaksana, IWK, telah mengambil langkah segera dalam menangani isu kelewatan berkenaan dan menyegerakan kemajuan kerja bagi mengelakkan sebarang impak kelewatan berterusan. Status semasa kemajuan projek adalah 98.5%, yang mana 609 lokasi telah siap sepenuhnya dan baki 27 lokasi dijangka siap pada Oktober 2024.

“SPAN akan terus memantau secara dekat kerja-kerja penyiapan baki projek dengan rapi dalam memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang bakal memberi manfaat yang besar kepada pengguna perkhidmatan pembetungan serta menjamin kelestarian sumber air dan alam sekitar,” katanya yang mengambil perhatian serius terhadap hasil audit dan teguran-teguran yang diberikan berkenaan perkhidmatan air.

SPAN akan terus memantau secara dekat kerja-kerja penyiapan baki projek dengan rapi dalam memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang bakal memberi manfaat yang besar kepada pengguna perkhidmatan pembetungan serta menjamin kelestarian sumber air dan alam sekitar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast