Hishamuddin Hashim menyerahkan surat aduan mengenaisebuah klinik estetik di ibu negara yang didakwa tidak memlikik lesen yang sah untuk beroperasi kepada B. Sivabalan di Putrajaya.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa menjalankan siasatan terhadap sebuah klinik estetik di ibu negara yang didakwa tidak memlikik lesen yang sah untuk beroperasi.

Setiausaha Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, klinik estetik itu menggunakan perkhidmatan doktor palsu bagi menjalankan pembedahan payudara pada mangsa.

Katanya, pihaknya telah menerima aduan daripada mangsa yang mengalami kerugian hampir RM23,000 selepas menjalani pembedahan terbabit pada Jun 2022.

“Pengadu terpengaruh dengan iklan yang ditawarkan di Facebook yang memaparkan lesen yang sah dan tawaran yang menarik sekaligus membuatkan pengadu berasa yakin untuk membuat pembedahan di klinik tersebut.

“Bagaimanapun permasalahan mulai timbul selepas pengadu berasa sakit di bahagian dada selepas membuat pembedahan terbabit.

“Disebabkan kesakitan yang dialami, pengadu mengesyaki doktor yang melakukan pembedahan (payudara) itu tiada tauliah dan merupakan warganegara China,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat aduan berhubung isu itu kepada pegawai khas KKM, B.Sivabalan, di sini, hari ini.

Tambah Hishamuddin, pengadu sebelum ini telah membuat aduan kepada Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan mendapati doktor terbabit tidak mempunyai lesen atau kelayakan yang sah.

“Namun pihak MMA memaklumkan bahawa aduan tersebut harus diadukan kepada Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Bahagian Amalan Perubatan Swasta Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kami juga telah membuat aduan kepada CKAPS dan mereka memaklumkan bahawa aduan tersebut harus dipanjangkan kepada pihak Majlis Perubatan Malaysia (MMC) bagi mengambil tindakan di bawah Sekseyn 33 (1) (a) Akta Perubatan 1971 (Akta 51).

“Sementara itu, bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula untuk tindakan di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan,” jelansya.

Jelasnya, pengadu telah berulang kali menghantar surat aduan dan memohon tindakan daripada pihak KKM namun sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas diterima.

Beliau juga memaklumkan, pengadu bersedia memberikan kerjasama dengan pihak KKM sekiranya diperlukan bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast