Ketua Wanita MIC, N Saraswati melawat ibu mendiang Esha yang bertindak membunuh diri selepas menjadi mangsa buli siber.

KUALA LUMPUR – Wanita MIC terkejut dan kecewa dengan insiden pembulian siber sehingga meragut nyawa seorang pempengaruh media sosial, Rajeswary Appahu.

Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Saraswati Nallathamby berkata, insiden tersebut sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah negara yang bebas bersuara.

Kata Saraswati yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, melihat corak pembulian siber, golongan paling banyak terlibat ialah golongan remaja dan tidak kurang juga orang dewasa.

“Pembulian terbaru ini melibatkan remaja yang berusia sekitar 20-an sahaja. Remaja merupakan tonggak negara dan amat rugi sekiranya gejala ini tidak dibendung dari awal dan terus berleluasa hingga masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Menurut Saraswati, perlu timbul kesedaran dalam diri setiap pengguna media sosial bukan sahaja tertakluk kepada sesuatu golongan tertentu dan ibu bapa dan pihak berwajib juga perlu mainkan peranan dalam membendung insiden seumpama itu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast