Penduduk Palestin mengangkut barang-barang susulan operasi oleh Pasukan Khas Israel di kem Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza pada 8 Jun 2024. Foto AFP

GAZA – Pasukan pendudukan Israel melakukan empat pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya 141 rakyat Palestin terbunuh dan 400 lagi cedera, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita dan Info Palestin (WAFA) melaporkan pihak berkuasa kesihatan tempatan mengesahkan jumlah korban rakyat Palestin akibat serangan Israel sejak 7 Oktober lepas meningkat kepada 38,584 kematian yang dilaporkan dengan tambahan 88,881 individu mengalami kecederaan.

Kebanyakan mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.

Pasukan ambulans dan penyelamat masih tidak dapat mengumpulkan mayat yang terperangkap di bawah runtuhan atau bertaburan di jalan raya di seluruh kawasan yang dilanda perang, ketika pasukan pendudukan Israel terus menghalang pergerakan ambulans dan krew pertahanan awam. – Bernama-WAFA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast