Mayat Nur Farah Kartini dilaporkan hilag sejak 10 Julai lalu.

KUALA LUMPUR – Status terakhir Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah di aplikasi Threads sebelum hilang baru-baru ini menjadi tumpuan.

“Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia; Cukup jadi sederhana dan lihat siapa yang dapat menerima kita apa adanya,” tulisnya.

Namun tidak dapat disahkan luahan kata-katanya merujuk kepada kisah peribadi dirinya atau sebaliknya.

Mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu, ditemui pada petang semalam dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Mayat mangsa ditemui di ladang sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Sebagai rekod Nur Farah Kartini, 25 yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Sementara itu, seorang lelaki dipercayai teman lelaki Allahyarham yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast