Johan Mahmood Merican

KUALA LUMPUR- Sejajar dengan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, kerajaan komited untuk mengurangkan pinjaman dari segi nisbah hutang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) kepada 60 peratus dalam tempoh lima tahun.

Ia daripada 64 peratus pada masa ini adalah usaha memastikan kedudukan fiskal lebih kukuh dan lebih mampan untuk negara, kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Beliau berkata kerajaan telah mula mengurangkan pinjaman bersih tahunan secara beransur-ansur, daripada kira-kira RM100 bilion bagi 2021 dan 2022 kepada RM93 bilion pada 2023, dan menyasarkan RM86 bilion pada 2024.

Ini dicapai melalui pengukuhan fiskal, mengurangkan defisit fiskal tahunan daripada 5.6 peratus daripada KDNK pada 2022 kepada 5.0 peratus pada 2023 dan 4.3 peratus pada 2024, katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast