Istana Kehakiman

PUTRAJAYA – Rayuan seorang bekas penghantar barangan yang berdepan penjara 18 tahun dan sebatan 10 kali selepas didapati bersalah merogol seorang kanak-kanak ditolak Mahkamah Rayuan pada 31 Julai lepas.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah hotel bajet di Johor empat tahun lepas.

Tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersama Datuk Azman Abdullah serta Datuk Azmi Ariffin sebulat suara menolak rayuan tertuduh, Muhammad Nur Hidayat Md Selliman yang berusia 31 tahun ketika ini.

Ketika membacakan keputusan yang telah dimuat naik dalam laman web kehakiman, penghakiman dibacakan oleh Azmi memutuskan, tertuduh sebenarnya dengan sengaja telah mengambil kesempatan ke atas mangsa tanpa sedikit pun rasa simpati.

Kata hakim, perbuatan itu bukan sahaja keji kerana sanggup melampiaskan nafsu tanpa rasa bersalah itu sepatutnya dihukum dengan setimpal.

Katanya juga, hukuman keras itu bukan saja berbentuk pencegahan kepada perayu sebaliknya peringatan kepada orang awam.

Ini juga menunjukkan keseriusan mahkamah menangani dan membanteras jenayah jijik terbabit daripada berterusan.

Muhammad Nur Hidayat didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat kerana merogol kanak-kanak itu di sebuah hotel di Batu Pahat kira-kira jam 2.30 petang 20 November 2020.

Dia kemudian penjara 18 tahun dan 10 sebatan serta diperintahkan menjalani kaunseling pemulihan.

Mahkamah juga memerintahkan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani pemenjaraan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast