KUALA LUMPUR – Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024.
Kementerian Kewangan berkata, penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.
Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.
Bagaimanapun, harga runcit produk petrol bagi tempoh tersebut adalah kekal sebanyak RM3.47 seliter bagi RON97 dan RON95 pula RM2.05 seliter.
Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
terus terpelihara. – MalaysiaGazette