LONDON – Selepas dua dekad bergelar pemain bola sepak, tonggak pertahanan Portugal, Pepe mengumumkan persaraannya daripada sukan itu.
Perlawanan terakhir pemain berusia 41 tahun itu adalah pada Euro 2024, yang mana Portugal tewas kepada Perancis menerusi penentuan sepakan penalti di peringkat suku akhir.
Bekas pertahanan Real Madrid itu menjadi pemain tertua yang muncul di kejohanan akhir Kejuaraan Eropah.
Pepe membuat 141 penampilan untuk negaranya, memenangi Euro pada 2016 dan menghabiskan 10 musim di Real Madrid dengan memenangi tiga gelaran LaLiga dan tiga trofi Liga Juara-Juara serta dua Piala Dunia Kelab FIFA. – Agensi