Tuesday, December 3, 2024
Home Dunia Palestin salahkan AS atas pembunuhan beramai-ramai rakyatnya

Palestin salahkan AS atas pembunuhan beramai-ramai rakyatnya

A Palestinian boy reacts as others survey the damage following Israeli military bombardment of the UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees) run Abu Araban school, turned shelter, where internally displaced Palestinians are living, in the Nuseirat refugee camp, in the central Gaza Strip on July 14, 2024, amid the ongoing conflict between Israel and the Palestinian Hamas militant group. Photo AFP
GAZA – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Sabtu menyalahkan Amerika Syarikat (AS) terhadap serangan Israel ke atas sebuah sekolah yang melindungi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di tengah Gaza.
Jurucakap Presiden Palestin, Nabih Abu Rudeineh dalam satu kenyataan mengutuk serangan itu sambil menegaskan, pentadbiran AS bertanggungjawab atas pembunuhan beramai-ramai itu.
“Serangan itu adalah sebahagian daripada corak kekejaman harian yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Gaza dan Tebing Barat.
“Israel cuba memusnahkan rakyat Palestin melalui pembunuhan beramai-ramai dan pembunuhan harian sementara komuniti antarabangsa terus mendiamkan diri,” dakwanya.
Ini kerana disebabkan oleh sokongan kewangan, ketenteraan dan politik mereka terhadap Israel.

Semalam, aensi berita dan maklumat Palestin (WAFA)melaporkan, tentera Israel menyasarkan Sekolah Al-Taba’een di kawasan kejiranan Al-Daraj dengan peluru berpandu, membunuh sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin.

Menurut pejabat media kerajaan di Gaza, serangan Israel menyasarkan orang yang berpindah ketika menunaikan solat subuh, menyebabkan peningkatan cepat dalam bilangan korban.
Mengulas lanjut,  jurucakap itu  menyatakan bahawa serangan baru-baru ini berlaku ketika AS mengumumkan bantuan ketenteraan AS$3.5 bilion kepada Israel dan ia jelas menyatakan penyertaan AS dalam genosid yang berterusan.
Ini kerana disebabkan oleh sokongan kewangan, ketenteraan dan politik mereka terhadap Israel.
“Kamu menyeru AS untuk mendesak Israel menghentikan serangannya dan mematuhi undang-undang antarabangsa, menggesa “menamatkan sokongan buta yang membawa kepada pembunuhan beribu-ribu orang awam yang tidak bersalah, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas,” katanya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast