KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga 4 petang ini.

Kawasan terlibat  di negeri Pahang (Bentong, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang), Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor (Tangkak), Sarawak: Sibu (Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Bintulu dan Miri (Subis).

Jabatan Meteorologi berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Manakala amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast