Operasi dilakukan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) bagi membanteras kegiatan mat rempit.

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang menyita sebanyak 48 buah motosikal yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rempit di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini, semalam.

Operasi oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti daerah Seberang Perai Utara serta Balai Polis Butterworth itu dijalankan selama kira-kira lapan jam bermula jam 5 petang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, operasi itu dijalankan bagi mencegah aktiviti samseng jalanan terutamanya kegiatan lumba haram di kawasan tersebut selain untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

Sebanyak 195 keping saman dikeluarkan dalam operasi tersebut.

“Dalam operasi itu kita memeriksa sebanyak 67 dan 48 buah daripadanya telah disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, sebanyak 195 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Hamzah turut mengingatkan penggunakan jalan raya khususnya golongan remaja agar tidak terjebak dalam kegiatan lumba haram yang boleh mengancam nyawa sendiri dan orang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast