LONDON – Matthijs de Ligt dan Noussair Mazraoui selesai menjalani ujian perubatan dan bersedia untuk menyertai Manchester United sebelum menandatangani kontrak secara rasmi bersama kelab itu.
Kedua-dua pemain dari Bayern Munich itu tiba di Manchester dan dilaporkan sempat menikmati makan malam di restoran mewah di Deansgate yang terkenal dengan pelbagai hidangan berkualiti.
Kehadiran mereka di sana disambut dengan penuh semangat oleh peminat United yang berkumpul di luar restoran untuk bergambar bersama bakal pemain baharu kelab.
Kehadiran De Ligt dan Mazraoui dijangka dapat mengukuhkan benteng pertahanan United untuk musim 2024/2025 selepas berdepan cabaran besar di bahagian pertahanan musim lalu dengan ramai pemain mengalami kecederaan dan berehat panjang.
Kehadiran kedua pemain pertahanan ini bukan sahaja sebagai usaha United untuk meningkatkan prestasi tetapi juga untuk mempersiapkan pasukan terbaik menjelang menentang Fulham di Old Trafford pada minggu pertama Liga Perdana awal pagi Sabtu ini. – MalaysiaGazette