PETALING JAYA – Seorang lelaki yang disyaki menyerang dua wanita di kawasan Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya, di sini, pada 9 Ogos lalu akan dituduh di mahkamah Petaling Jaya, Isnin ini.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaa’far @ Ismail berkata, arahan pertuduhan daripada Tmbalan Pendakwa Raya telah diperolehi dan suspek akan dituduh di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
“Ia menperuntukkan hukuman penjara maksimun 20 tahun jika disabitkan kesalahan,” katanya, hari ini.
Pada 12 Ogos lalu, polis memburu seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian serangan terhadap dua wanita di kawasan sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kelana Jaya.
Suspek berusia 46 tahun itu difahamkan bersembunyi di sebuah rumah di Kajang sebelum ditahan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan D9 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor. – MalaysiaGazette