Pasangan Goh Sze Fei-Nur dan Izzuddin Rumsani.

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu badminton negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta kejutan selepas muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun Super 750.

Dalam aksi final di Yokohama Arena sebentar tadi, mereka menewaskan pasangan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae dengan kemenangan straight set 21-19, 21-15.

Pasangan negara yang berada pada ranking ke-12 dunia itu beraksi cemerlang meskipun diberi tentangan sengit oleh pasangan Korea Selatan yang merupakan pilihan ketiga kejohanan.

Ini merupakan kejuaraan pertama pasangan itu di peringkat kejohanan bertaraf Super 750 selain kejuaraan pertama yang dirangkul tahun ini.

Kali terakhir pasangan itu menaiki podium selaku juara adalah pada kejohanan Abu Dhabi Masters Super 100 yang berlangsung Oktober tahun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast