Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

VLADIVOSTOK, Rusia – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Forum Ekonomi Timur (EEF) dan merancang untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, menurut Yayasan Roscongress Rusia pada Isnin.

“Anwar Ibrahim berhasrat untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di EEF untuk membincangkan kerjasama ekonomi, menekankan kedudukan bebas negaranya,” menurut Yayasan Roscongress, lapor Sputnik.

Forum Ekonomi Timur 2024 akan diadakan dari 3 hingga 6 September di kampus Universiti Persekutuan Timur Jauh di Vladivostok.

Sputnik ialah rakan media rasmi forum itu. -BERNAMA-SPUTNIK

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast