Gambar hiasan

TOKYO – Seorang lelaki maut selepas terkena serpihan konkrit yang jatuh dari sebuah bangunan yang sedang dirobohkan di tengah-tengah.

Lelaki berusia 67 tahun itu, Masanori Yokoyama, seorang pengawal keselamatan yang mengarahkan lalu lintas di tapak tersebut di Wad Minato, dihantar ke hospital dengan kepalanya berdarah.

Dia meninggal dunia tiga setengah jam kemudian, lapor Jiji Press, memetik Jabatan Polis Metropolitan.

Serpihan konkrit itu, nampaknya sebahagian daripada dinding luar bangunan, jatuh dari tingkat lima.

Laporan itu memetik seorang lagi pengawal keselamatan yang berada ditempat kejadian berkata, dinding luar itu tiba-tiba tercabut dan ia kelihatan seperti batu jatuh dan menimpa mangsa yang ketika itu sedang menyapu jalan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast