Anwar Ibrahim tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi menyertai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Riyadh, Arab Saudi bagi membawa mandat dan suara rakyat Malaysia dalam Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam.

Sidang kemuncak itu yang akan memberi fokus kepada serangan dan kekejaman berterusan rejim Zionis Israel ke atas warga Palestin dan Lubnan.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, usai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam itu beliau akan kembali semula ke Kaherah bagi menyambung beberapa rencana yang telah disusun awal bersama delegasi Malaysia dan Mesir.

“Doakan usaha Malaysia dipermudahkan demi saudara kita yang sedang ditindas, Insya-Allah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Anwar harap Sidang Kemuncak Arab-Islam capai kata sepakat berkaitan isu Gaza

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast