KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal bagi tempoh 14 November 2024 hingga 20 November 2024.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh tersebut, harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.19 seliter dan RON95 pula RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia kekal pada paras RM2.95 seliter dan di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast