Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 12 NOVEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani memperuntukan hampir RM300 juta untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih sebanyak 358 projek perumahan awam yang didapati usang ataupun daif.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan tersebut dimanfaatkan oleh 392,832 individu.

Katanya, untuk tahun depan kerajaan telah meningkatkan peruntukan penyelenggaraan kepada RM185 juta yang mana ia menunjukkan kerajaan komited untuk membantu rakyat.

“Bagaimanapun, Kerajaan Madani sentiasa menyantuni rakyat dan sebab itu dalam tempoh dua tahun sahaja, hampir RM300 juta diperuntukan untuk membaiki, menyelenggara dan membaik pulih mana-mana bangunan yang didapati usang ataupun daif,” katanya ketika menjawab Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Kor Ming (Teluk Intan) menjawab soalan tambahan Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk melaksanakan sistem subsidi kepada bangunan kos rendah dan kaedah menyelesaikan masalah rumah berstrata. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast