Monday, December 2, 2024
Home Sukan Ranking Indonesia terus melonjak, kini kedudukan 125 dunia

Ranking Indonesia terus melonjak, kini kedudukan 125 dunia

Foto media sosial Timnas Indonesia.
KUALA LUMPUR – Indonesia melakar sejarah apabila kemas kini terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyaksikan Garuda melonjak naik lima anak tangga di ranking ke-125 dunia.
“Kejayaan itu merupakan kedudukan FIFA terbaik sejak 13 tahun lalu,” tulis media sosial Timnas Indonesia di sini.
Negara jiran itu kini menjarakkan diri sebanyak tujuh anak tangga daripada Malaysia selepas dua perlawanan dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 yang memberi nilai tambah kepada pasukan itu.

Meskipun tewas besar kepada Jepun, skuad kendalian Shin Tae-yong berupaya mengalahkan pasukan di kedudukan ke-59, Arab Saudi 2-0 menerusi jaringan Marselino Ferdinan di Stadium Utama Gelora Bung Karno, seterusnya menaikkan kedudukan mereka.

Sementara itu, Harimau Malaya hanya sekadar berjaya naik satu anak tangga ke-132 yang dipengaruhi prestasi oleh skuad negara mengalahkan Laos 3-0 dan seri 1-1 dengan India dalam jendela antarabangsa minggu lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Hebat jugalah Malaysia.. dengan sekadar 1/9 warga berbanding jiran, hanya beza kedudukan 132 dan 125..
    Kita jangan terlalu tamak. Biasakan bersyukur apa yang hebat. Sukan Hoki , Sepak Takraw pun kita dalam level utama dunia.
    Hargailah sukan yang kita sudah dalam ranking utama seperti Hoki & Takraw. Apakah kita sudah berikan ganjaran terbaik buat mereka.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here