Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR- PKR menangguhkan Kongres Nasional 2024 yang dijadualkan pertengahan Disember ini susulan banjir yang melanda beberapa negeri.

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan berkata, keputusan itu dibuat semasa mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat, hari ini.

Tambah beliau, tarikh baharu bagi kongres berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi.

“Pada masa yang sama, sebuah kongres khas untuk meminda perlembagaan parti akan diadakan mengikut format.

“Tarikh bagi kongres khas itu akan diumumkan Setiausaha Agung PKR,” katanya.

Kongres Nasional PKR 2024 dijadualkan berlangsung pada 15 Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, manakala kongres Angkatan Muda dan Wanita dijadualkan diadakan seehari awal di lokasi berasingan.

Dalam kenyataan sama, Fahmi berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan kes buli di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) yang semakin membimbangkan akhir-akhir ini.

“PKR ada mencadangkan beberapa perkara berkaitan dasar yang perlu diperiksa semula, termasuk kempen kesedaran secara komprehensif mengenai buli.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here