KPDN Johor menyita 1,479 helai pakaian hasil serbuan ke empat premis di sebuah pusat beli belah Johor Bahru kelmarin

JOHOR BAHRU –Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyita 1,479 helai pakaian hasil serbuan ke empat premis di sebuah pusat beli belah di sini kelmarin.

Pengarah KPDN Johor, Likis Saslinda Pornomo berkata, sebuan dilakukan hasil aduan dan maklumat orang awam yang mengesyaki terdapat penjualan barang tiruan di premis-premis tersebut.

“Hasil serbuan di empat premis tersebut, pihak KPDN Johor berjaya menemukan barangan yang disyaki tiruan, terdiri daripada pakaian dari pelbagai jenama terkemuka seperti seperti Balenciaga, Louis Vuittion, Gucci, Nike, Lacoste, Puma dan Levis.

“Selain itu, seramai tiga lelaki lelaki yang mengaku sebagai pekerja di premis tersebut ditahan dalam serbuan berkenaan bagi tujuan siasatan lanjut.

“Nilai rampasan pakaian berkenaan dianggarkan RM11,768,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua kes akan disiasat bawah Akta Cap Dagangan 2019 dibawah kesalahan Seksyen 102 (1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan suatu cap dagangan berdaftar yang dipakaikan dengan salah.

Menurutnya, tindakan sudah dikenakan terhadap empat premis tersebut bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019.

Dalam perkembangan sama, Lilis Saslinda berkata, KPDN Johor mengambil tindakan sebanyak 66 kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 dengan jumlah nilai rampasan RM320,435 pada tahun ini.

Selain itu katanya, KPDN Johor akan terus berkerjasama dengan pemilik cap dagang dan agensi lain dalam usaha melindungi hak pengguna serta hak harta intelek milik industri.

Peniaga juga katanya, diberikan amaran supaya tidak menjual barangan tiruan, pihak KPDN Johor sentiasa memantau dan akan mengambil tindakan tegas terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Kita juga menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati ketika membuat pembelian dalam talian bagi mengelak tertipu dengan membeli barangan yang tiruan menggunakan jenama yang terkenal.

“KPDN Johor menyediakan pelbagai medium penyaluran aduan dan maklumat bagi memudahkan rakyat mengemukakan aduan dan maklumat,” tambahnya.

Bagi pengguna di Johor boleh menyalurkan maklumat atau aduan kepada pihak kementerian melalui Whatsapp 019-848 8000; Portal e – Aduan KPDN iaitu [email protected]; Call Centre 1 – 800 – 886-800 dan aplikasi telefon pintar Ez ADU.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast