Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Mohammad Razli Abdul Razak menyampaikan anugerah kepada Farah Shah yang memenangi tempat pertama dalam Anugerah Best Cat of The Year 2023 di Saujana Ballroom, The Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 22 DISEMBER 2024

SUBANG – Kelab Kucing Malaysia (KKM) berharap pihak berkuasa menyiasat secara terperinci kes kematian dua ekor kucing di Universiti Malaya (UM) baru-baru ini.

Presidennya, Khalid Rashid berkata, ia kerana kesan pada kucing malang tersebut agar mencurigakan kerana terdapat kesan dipotong di bahagian tertentu pada badan haiwan itu berbanding diserang anjing liar yang kebiasaanya hanya perut akan terburai.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Brit Malaysia dan Lembaga Kebajikan Haiwan di sini hari ini.

Pengarah Bahagian Regulatori Veterinar Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Mohammad Razli Abdul Razak (tengah) sesi bergambar bersama penerima anugerah Crowning Glory Night di The Saujana Hotel, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 22 DISEMBER 2024

Dalam pada itu, KKM melakar kejayaan cemerlang dalam arena kucing antarabangsa apabila buat julung kalinya seekor kucing dari Malaysia berjaya membawa pulang gelaran World Winner 2024 di World Cat Show 2024 baru-baru ini.

Khalid berkata, kejayaan diraih oleh Kucing Domestic Long Hair iaitu antara lapan kucing yang mewakili Malaysia pada pertandingan berprestij yang menghimpunkan 1,500 ekor kucing dari seluruh dunia.

“Kejayaan ini adalah pencapaian pertama sejak Malaysia mula menyertai pertandingan ini pada tahun 2017 dan merupakan bukti bahawa kucing-kucing dari Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia.

“Sebagai satu-satunya kelab kucing di Malaysia yang bernaung di bawah Fédération Internationale Féline (FIFe), KKM berperanan aktif dalam mengangkat martabat pencinta kucing di negara ini,” katanya.

World Cat Show 2024 yang berlangsung di Oslo, Norway merupakan pertandingan diadakan setiap tahun sebagai platform terbesar bagi pencinta kucing antarabangsa dengan 34 gelaran dipertandingkan.

Mengulas lanjut, Khalid memberitahu, semua kucing yang menyertai pertandingan itu perlu memenuhi piawaian tinggi termasuk kucing domestik yang mesti berdaftar terlebih dahulu dengan KKM.

Sementara itu, mengenai MoU, beliau berkata, kerjasama itu akan memperkukuhkan usaha kebajikan melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Brit Malaysia termasuk menyumbangkan makanan kucing kepada mangsa banjir dan bencana di Malaysia.

“KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Brit Malaysia, para penaja dan semua pihak yang telah menyokong usaha kami.

“Kejayaan ini adalah milik seluruh komuniti pencinta kucing di Malaysia,” katanya.

Pada majlis sama, turut diadakan Majlis Makan Malam Crowning Glory Night 2024 untuk meraikan Malaysia 1st World Winner, Cat of the Year, dan Best Cattery, serta memperkukuhkan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam industri kucing di Malaysia. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Veterinar sahkan kucing-kucing mati di UM diserang anjing liar – Polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here