Home 2024
Arkib Tahunan: 2024
Jasmine beri keterangan, saksi kes 1MDB bermula 13 Februari ini
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan sepina untuk Jasmine Loo tampil memberikan keterangan bermula 13 Februari ini.
Puad sedia berdebat dengan pemimpin PH pertikai pengampunan Najib
Beliau turut bertanya jika bekas Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mahu tumpang semangkuk.
Hanya 9,800 trak bantuan masuk ke Gaza
Antara 21 Oktober dan 1 Februari hampir 7,000 trak bantuan masuk dari lintasan sempadan Rafah dan 2,884 trak masuk dari lintasan Karem Abu Salem.
Siasatan terhadap Tony, sikap diam pemimpin PH memalukan – Surendran
Tambah Surendran, sikap berdiam diri itu agak memalukan kerana sebelum ini PH yang memainkan peranan sebagai pembangkang mengkritik serangan terhadap pemimpin mereka.
Mahkamah benarkan Tun M pinda pernyataan dalam saman fitnah terhadap Anwar
Pesuruhjaya Kehakiman hari ini membenarkan Dr Mahathir untuk meminda pernyataan bagi tujuan memasukkan kenyataan yang telah dibuat oleh Anwar yang juga Presiden PKR selepas surat tuntutan saman dikeluarkan.
Pelajar tingkatan tiga ditahan, kes rogol murid 12 tahun
Seorang pelajar tingkatan tiga ditahan polis selepas dipercayai merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah di Bemban di sini, Sabtu lalu.
Dua ketua jabatan Persekutuan, pengarah syarikat ditahan SPRM Melaka
Dua ketua jabatan Persekutuan dan seorang pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas dipercayai membuat tuntutan palsu program anjuran jabatan tahun lalu.
Guan Eng pertikai kualiti kerja Gurney Bay
Fasa satu Projek Taman Gurney Bay ini membabitkan kos RM247 juta penuh dengan reka bentuk dinding konkrit menimbulkan keraguan dan tanda tanya mengenai perancangan asal, reka bentuk, pemantauan hasil dan juga kualiti kerja,” dakwa Guan Eng.
Negara berisiko muflis jika tidak lakukan reformasi pencen dan subsidi
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, negara akan berdepan risiko muflis jika tidak serius dalam melaksanakan dua reformasi, iaitu merasionalisasi subsidi dan menghapuskan pencen untuk penjawat awam lantikan baharu.
MGNews: Tony Pua Nafi Hantarannya Bersifat Hasutan
Bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua sejumlah 60 soalan ditanyakan kepadanya, melibatkan lima status media sosialnya yang disiasat.

















