Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,000 tapak bazar Ramadan yang akan disewakan di Kuala Lumpur sepanjang bulan puasa depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, sehingga kini Dewan Bandaraya Kuala Lunpur (DBKL) masih membuat persediaan dan penilaian akhir bagi penentuan bazar di kawasan terlibat.

“Hampir, Insyallah sikit lagi. Setakat ini saya diberi taklimat, kita (DBKL) dalam persediaan hampir selesai dari sudut pemberian lesen penyelenggaraan juga,” katanya.

Tambah beliau, pemegang lesen Kuala Lumpur (KL) Madani yang berminat berniaga di bazar Ramadan boleh mengemukakan kepada DBKL melalui saluran pendaftaran sedia ada.

Pada tahun lalu, sebanyak 64 lokasi bazar Ramadan di sekitar ibu kota dibuka.

Antara kawasan strategi dan sering menjadi tumpuan warga kota membabitkan bazar (menjual juadah) adalah di Kampung Baru, Kampung Pandan, Datuk Keramat, Wangsa Maju, Taman Tasik Permaisuri dan Lembah Pantai iaitu di kawasan perumahan, manakala bazar barangan kering adalah di Masjid India dan Lorong TAR. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast