SUV Jaecoo merupakan eksport fasa pertama Chery Corporate Malaysia ke Vietnam.

KUALA  LUMPUR – Pengeluar kereta, Chery Corporate Malaysia Sdn Bhd (Chery), akan mengeksport kenderaan ke pasaran Asia Tenggara (SEA) tahun ini selaras
dengan visi Chery untuk menjadikan negara ini hab pengeluarannya untuk rantau ini.

Chery adalah jenama China pertama yang mula mengeksport keluar dari Malaysia.

Naib Eksekutif Presiden Chery Leo Chen berkata, pihaknya akan mengeksport kenderaan sport utility Jaecoo ke Vietnam bagi fasa pertama eksport sebelum menyusul ke Thailand, Brunei, Filipina dan Singapura.

“Syarikat ini sedang berkembang dengan baik ke arah mewujudkan Malaysia sebagai pengeluaran dan hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Asia Tenggara.

“Chery teruja untuk memainkan peranan dalam meningkatkan ekonomi Malaysia, membangun bakat tempatan dan mengukuhkan rantaian bekalan kami. Kami yakin untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia hab eksport terkemuka bagi kenderaan Chery yang termasuk sub-jenama premium Jaecoo,” katanya.

Pengeluaran untuk pasaran eksport Asia Tenggara disokong oleh kemudahan pengeluaran Chery di Shah Alam.

Chen berkata, sebagai persediaan untuk meningkatkan skala pengeluaran untuk pertumbuhan masa hadapan, Chery juga telah mewujudkan perkongsian strategik dengan kilang pemasangan tempatannya yang lain di Malaysia.

Untuk tahun 2024, Kumpulan Chery mencapai jualan tahunan yang memecahkan rekod sebanyak lebih 2.6 juta kenderaan, peningkatan 38.4% tahun ke tahun, dengan eksport mencecah1.1 juta unit, meningkat 21.4% daripada 2023. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast