Qadejah El Zahra (kiri). Foto Instagam Nur Shahida.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida meluahkan rasa syukur apabila anak perempuan mereka iaitu Qadejah El Zahra disahkan tidak menghidap kanser hidung.

Sebaliknya kata Shahida, 40, keputusan biopsi oleh Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia menunjukkan Qadejah, 15, telah dijangkiti bakteria daripada kucing.

“Semalam (Rabu) dapat keputusan biopsi dan ia bukan kanser atau tuberkulosis (TB).

“Tapi terkena jangkitan bakteria daripada kucing. Doktor beritahu mungkin jangkitan berlaku semasa dia pegang kucing yang dicakar atau digigit,” katanya menerusi siaran langsung di TikTok miliknya, hari ini.

Sementara itu, Shahida tidak menolak kemungkinan Qadejah dijangkiti bakteria tersebut semasa mereka bercuti di Turki pada penghujung Januari lalu.

Dia turut mengakui anak perempuannya itu memang menyayangi kucing malah membela dua ekor haiwan tersebut di rumah.

“Di Turki memang banyak kucing terbiar dan gemuk-gemuk! Mungkin dia pegang kucing di sana dan terkena jangkitan itu, saya kurang pasti.

“Tapi apa-apa pun puncanya memang terkena bakteria kucing,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Aliff Syukri memuat naik video memaparkan Qadejah sedang menahan sakit dan menangis ketika mendapatkan rawatan doktor.

Namun beliau tidak memaklumkan penyakit anaknya sambil berharap orang ramai mendoakan kesihatan Qadejah

Shahida mendirikan rumah tangga dengan Aliff Syukri pada Ogos 2007.

Selain Qadejah, pasangan itu turut dikurniakan lima lagi cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Lugman Al-Hakim. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here