KUALA LUMPUR- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang menyiasat dakwaan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia dalam pelayan yang dikaitkan dengan satu kes penipuan telah dipindahkan ke Malaysia dari Singapura.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan setelah mendapatkan butiran lanjut,” kata kementerian itu hari ini sebagai respons kepada pertanyaan media Malaysia mengenai dakwaan tersebut.

Semalam, Menteri Undang-Undang dan Ehwal Dalam Negeri Singapura, K. Shanmugam, berkata pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di negara itu mungkin mengandungi cip AI Nvidia, yang kemudiannya dihantar ke Malaysia.

“Soalnya, adakah Malaysia merupakan destinasi akhir, atau dari Malaysia ia dihantar ke tempat lain, yang mana kami tidak pasti buat masa ini. Namun, kami menilai bahawa mungkin terdapat representasi palsu mengenai destinasi akhir pelayan tersebut,” katanya seperti yang dilaporkan.

Menurut laporan berita Singapura, cip tersebut tertanam dalam pelayan yang dibekalkan oleh Dell dan Supermicro kepada syarikat berpangkalan di Singapura sebelum dihantar ke Malaysia.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast