Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk melibatkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 5 petang ini.

Antara kawasan yang dijangka terjejas ialah Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, beberapa daerah di Sabah termasuk kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat turut diramalkan mengalami cuaca buruk.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mengelakkan aktiviti luar, khususnya di kawasan terbuka serta berhampiran pokok tinggi atau struktur yang mudah terjejas akibat angin kencang.

Terdahulu METMalaysia meramalkan cuaca berkenaan berterusan sehigga menjelang Aidilfitri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast