Kredit: Kementerian Pendidikan (KPM)

PUTRAJAYA – Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Sesi 2025/2026 boleh disemak mulai hari ini, bermula pukul 10 pagi.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa semakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 boleh dibuat menerusi laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my.

Menurut kenyataan itu, pendaftaran secara dalam talian akan dibuka bermula esok (22 Mei) hingga 21 Jun melalui laman sesawang kolej matrikulasi masing-masing.

“Pelajar perlu mendaftar secara fizikal di kolej matrikulasi mulai 22 Jun 2025 berdasarkan surat tawaran masing-masing,” menurut kenyataan itu.

KPM turut memaklumkan bahawa pelajar yang tidak berjaya boleh mengemukakan rayuan secara dalam talian melalui laman sesawang sama, mulai hari ini hingga 21 Jun.

Keputusan rayuan akan diumumkan pada 30 Jun ini. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast