KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad memaklumkan bapanya, Ahmad Atil meninggal dunia petang semalam.
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Fahrin, 46, memberitahu, dia menerima perkhabaran itu ketika menghadiri majlis di Pasir Gudang, Johor.
Sehubungan itu, dia bergegas pulang ke ibu kota bagi menguruskan jenazah arwah bapanya.
“Dimaklumkan ayah saya. Ahmad Bin Atil meninggal dunia kira-kira jam 7 petang tadi.
Fahrin yang juga pengacara Wanita Hari Ini turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur kerana memahami situasi dihadapinya.
“Mohon doa-doa yang terbaik dan segala-galanya dipermudah buat kita semua,” katanya.
Pelakon filem Pilot Cafe itu bagaimanapun tidak memperincikan punca kematian arwah bapanya.
Dua tahun lalu, Fahrin kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Merbyah Akhwan yang menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara. – MalaysiaGazette
















