Jaclyn Victor kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T. Samuel semalam. Foto Instagram Shila Amzah.

KUALA LUMPUR – Penyanyi Jaclyn Victor kembali bergelar isteri kepada pensyarah, Calvin T. Samuel dalam sebuah majlis tertutup semalam selepas enam tahun bergelar ibu tunggal.

Berita perkahwinan itu dikongsi rakan artis, Shila Amzah menerusi satu hantaran Instagram Story miliknya.

Jaclyn, 48, memilih meraikan hari bahagianya secara intim bersama keluarga dan teman rapat di sebuah dewan sekitar ibu kota.

Antara yang turut hadir memeriahkan acara termasuk Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Noryn Aziz, Marsha Milan, Siti Nordiana dan Ning Baizura.

Tidak ketinggalan, Che Puan Sarimah Ibrahim, Anuar Zain, Salamiah Hassan serta duo pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

Majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa Dina Nadzir dan Liza Hanim

Untuk rekod, pelantun lagu Gemilang itu pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dari Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014 namun hubungan itu berakhir selepas lima tahun.

Hasil perkahwinan terdahulu, juara Malaysian Idol itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8 tahun.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast