Truck Fighter 1.0 Meet & Show
Truck Fighter 1.0 Meet & Show

SHAH ALAM – Suasana meriah dan penuh warna-warni membanjiri pekarangan parkir Stadium Shah Alam di sini semalam apabila lebih 5,000 peminat dunia automotif hadir memeriahkan Truck Fighter 1.0 Meet & Show.

Ia sebuah acara sulung berskala besar yang menghimpunkan komuniti pacuan empat roda (4×4) dari seluruh negara dalam satu pertemuan yang penuh semangat, gaya dan inovasi.

Dianjurkan oleh Zaki GM Garage Sdn. Bhd., acara berprestij itu menjadi medan utama kepada pemilik dan peminat kenderaan pacuan empat roda khususnya golongan muda untuk bersatu dalam satu platform yang meriah dan inklusif.

Jelasnya, penganjuran ini bukan sekadar pameran kenderaan, tetapi satu sambutan gaya hidup yang menyatukan minat, kreativiti dan kepakaran dalam dunia 4×4.

Bertemakan keluarga dan komuniti, program yang sama turut mengetengahkan pendekatan mesra pengguna yang memberi peluang kepada pengunjung dari pelbagai peringkat usia untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran 4×4, pertandingan mewarna kanak-kanak serta cabaran modifikasi yang memukau.

“Acara ini bukan hanya tentang kenderaan. Ia juga membawa elemen kekeluargaan yang kuat serta membuka ruang kepada para peserta untuk berkongsi idea dan membina rangkaian,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Zaki GM Garage Sdn. Bhd., Azmar Zaki Ayub.

Pegawai Eksekutif Zaki GM Garage Sdn. Bhd., Azmar Zaki Ayub
Pegawai Eksekutif Zaki GM Garage Sdn. Bhd., Azmar Zaki Ayub

Menurut beliau, pendekatan inklusif  menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri 4×4 tempatan yang lebih dinamik.

Lebih menarik, kehadiran wakil-wakil industri dari syarikat automotif terkemuka serta delegasi khas dari Thailand telah memperkukuh acara ini sebagai platform antarabangsa.

“Dimensi jaringan ini turut diperluas melalui kehadiran wakil syarikat automotif terkemuka serta undangan dari Thailand, yang membuka ruang luas bagi membina hubungan strategik dan pertukaran pengalaman berharga dalam industri pemotoran 4×4,” tambah Azmar.

Antara acara yang paling mencuri tumpuan ialah pertandingan Show Off Time!, yang menampilkan kategori unik dan kreatif seperti Best Colour, Best Big Brake Kits, Best Monster dan banyak lagi dimana ia mempamerkan hasil kerja modifikasi yang mengagumkan dan penuh inovasi daripada pemilik kenderaan tempatan.

Truck Fighter 1.0 Meet & Show
Truck Fighter 1.0 Meet & Show

Selain menjadi pesta kenderaan, Truck Fighter 1.0 Meet & Show turut berfungsi sebagai pentas penting untuk para usahawan bengkel 4×4 mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka.

Ia membuka peluang perniagaan serta kolaborasi yang luas, selaras dengan visi membangunkan ekosistem automotif yang mapan dan berdaya saing.

Sambutan luar biasa yang diterima membuktikan bahawa komuniti 4×4 bukan sekadar kelompok hobi, tetapi satu komuniti aktif yang berpotensi menjadi pemacu inovasi, jaringan industri, serta gaya hidup yang progresif dan sihat di Malaysia.

Dengan kejayaan penganjuran sulung ini, Truck Fighter 1.0 Meet & Show bersedia menjadi acara tahunan yang lebih besar dan gah pada masa akan datang menandakan kebangkitan sebenar dunia 4×4 tempatan di pentas nasional dan antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. Syabas n tahniah…para usahawan sebangsa
    seagama dengan kejayaan mengadakan pamiran yang
    bermutu tinggi…semoga terus menempa kejayaan di
    masa yang akan datang bagi membuktikan bahawa pengusaha orang kita sudah mampu bersaing dengan kaum lain dalam bidang industri automotif heavy truks and the fighters 1.0 meet & shows…inovasi baru penggerak kemajuan ummah dimasa kini dan seterusnya.

Comments are closed.