M Kumarasan

ISKANDAR PUTERI – Seramai 20 ahli kumpulan kongsi gelap akan didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru esok atas pertuduhan menyebabkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, kesemua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera parah menggunakan senjata.

“Perkembangan pertuduhan ke atas tangkapan Op Cantas kes merusuh dan menyebabkan cedera melibatkan pergaduhan kumpulan kongsi gelap.

“Pertuduhan ke atas 20 suspek akan dijalankan di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada esok pukul 9 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu kesemua suspek, berusia antara 13 hingga 46 tahun, dilakukan dalam operasi khas Op Cantas pada 17 dan 18 Mei lalu.

Kumarasan memaklumkan, pihaknya menerima aduan daripada seorang wanita yang memaklumkan tiga rakannya diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dan rotan ketika sedang minum di sebuah restoran di Taman Mutiara Emas pukul 12.40 tengah malam.

Beliau dilaporkan berkata, insiden terbabit menyebabkan beberapa individu mengalami kecederaan serius akibat serangan itu.

Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai berpunca daripada unsur dendam antara kumpulan yang terlibat.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast