Keadaan sebuah bas ekspres yang terlibat kemalangan dengan satu lagi bas ekspres dan lori di Lebuhraya Utara-Selatan, Kluang, hari ini.

KLUANG – Seorang pemandu bas parah manakala tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas dan sebuah lori di Kilometer 51.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 4.30 pagi membabitkan bas ekspres membawa 29 penumpang dan sebuah lagi bas ekspres dengan lapan penumpang dengan sebuah lori rigid.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa tiga kenderaan itu berada di lorong kiri dari arah utara ke selatan.

“Semasa tiba di tempat kejadian, bas ekspres pertama dengan lapan penumpang itu telah hilang kawalan dan melanggar belakang bas ekspres kedua dengan 29 penumpang.

“Akibat pelanggaran itu  bas ekspres kedua itu bergerak ke depan dan melanggar belakang sebuah lori pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bas ekspres pertama itu kemudian telah terbabas ke lorong kanan jalan dan bergesel dengan penghadang tengah pembahagi jalan.

Kemalangan itu katanya, menyebabkan pemandu bas ekspres pertama, K Suntharaj, 32, beralamat di Bemban, Melaka, patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai.

Sementara tiga penumpang bas ekspres berkenaan, P Selvumsanthan, 64, Aishah Mohamad, 40, Ahmad Zaki Omar, 40, masing-masing cedera di bahagian kepala, dagu dan kaki kanan.

“Ketiga-tiga mereka turut dirawat di hospital yang sama. Pemandu dan penumpang bas lain tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Kes itu tambahnya, disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Keadaan sebuah bas ekspres yang terlibat kemalangan dengan satu lagi bas ekspres dan lori di Lebuhraya Utara-Selatan, Kluang, hari ini

Pemandu parah, tiga penumpang cedera nahas dua bas ekspres, lori

KLUANG – Seorang pemandu bas parah manakala tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan dua bas dan sebuah lori di Kilometer 51.5 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan tersebut berlaku pukul 4.30 pagi membabitkan bas ekspres membawa 29 penumpang dan sebuah lagi bas ekspres dengan lapan penumpang dengan sebuah lori rigid.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa tiga kenderaan itu berada di lorong kiri dari arah utara ke selatan.

“Semasa tiba di tempat kejadian, bas ekspres pertama dengan lapan penumpang itu telah hilang kawalan dan melanggar belakang bas ekspres kedua dengan 29 penumpang.

“Akibat pelanggaran itu bas ekspres kedua itu bergerak ke depan dan melanggar belakang sebuah lori pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bas ekspres pertama itu kemudian telah terbabas ke lorong kanan jalan dan bergesel dengan penghadang tengah pembahagi jalan.

Kemalangan itu katanya, menyebabkan pemandu bas ekspres pertama, K Suntharaj, 32, beralamat di Bemban, Melaka, patah kaki kiri dan kini dirawat di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai.

Sementara tiga penumpang bas ekspres berkenaan, P Selvumsanthan, 64, Aishah Mohamad, 40, Ahmad Zaki Omar, 40, masing-masing cedera di bahagian kepala, dagu dan kaki kanan.

“Ketiga-tiga mereka turut dirawat di hospital yang sama. Pemandu dan penumpang bas lain tidak mengalami kecederaan,” ujarnya.

Kes itu tambahnya, disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast