Tengku Zafrul keluar UMNO untuk sertai PKR tidak mengejutkan - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang

KUANTAN – Pergerakan Pemuda UMNO Pahang tidak terkejut dengan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang mengumumkan keluar parti untuk menyertai PKR, baru- baru ini.

Mohd Kamil Ibrahim berkata, tindakan lompat parti bukan sesuatu yang asing dalam landskap politik Malaysia.

Jelasnya, sebelum ini ramai pemimpin yang sanggup meninggalkan parti demi kepentingan peribadi dan bukannya kerana prinsip mahu pun perjuangan sebenar.

“UMNO bukan seperti hotel untuk check-in check-out bila rasa perlu. UMNO ini parti yang dibina atas darah dan air mata tok nenek kita dulu. Ini bukan tempat untuk teknokrat yang anggap parti ini sekadar platform naikkan nama, cari kuasa, dan lompat bila tak dapat apa yang dihajati.

“Kalau muncul bila ada jawatan, tapi hilang bila parti perlu pengorbanan nampak sangat siapa sebenarnya yang perjuangkan parti dan siapa yang cuma tumpang nama UMNO untuk kepentingan sendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Malah Mohd Kamil dmemuji tokoh-tokoh seperti Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad yang dilihat kekal setia kepada perjuangan parti mereka tanpa menggadai maruah politik demi jawatan.

“Kesetiaan adalah asas dalam perjuangan parti. Lebih mulia Rafizi Ramli dan Nik Nazmi kepada perjuangan parti mereka tidak menjual maruah politik demi kedudukan dan jawatan.

“Kalau tak mampu setia, jangan jadi keji tukar parti hanya kerana jawatan,” ujar beliau lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN 

Memang saya nyatakan niat sertai PKR kepada Anwar – Tengku Zafrul

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast