Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan dukacita atas kemalangan melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, Perak, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebooknya Fahmi berkata, beliau mewaili seluruh warga Kementerian Komunikasi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tersebut.

“Kami semua bersedih atas kehilangan besar ini, yang pastinya memberi kesan perit kepada komuniti UPSI,” katanya.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh.

“Sama-sama kita doakan agar mereka yang cedera diberikan kesembuhan yang segera,” katanya.

Seramai 14 pelajar UPSI dan seorang kelindan bas disahkan maut dalam nahas di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik–Jeli, berhampiran Tasik Banding, awal pagi ini.

Kejadian itu berlaku selepas bas yang membawa mereka pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim terlibat dalam perlanggaran dengan sebuah kereta Perodua Alza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast