Keadaan motosikal warga emas yang terlibat dalam nahas di di Jalan Kuantan-Kemaman.

KUANTAN – Hasrat seorang lelaki warga emas untuk ke surau berhampiran rumahnya tidak kesampaian setelah motosikal dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Kuantan-Kemaman, di sini kira-kira jam 7.15 petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, kejadian membabitkan motosikal jenis Honda Beat dan kereta jenis Kia Rio.

“Siasatan awal mendapati, kereta dipandu seorang pemuda berusia 22 tahun dari arah Balok menghala ke Kuantan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, motosikal dinaiki warga emas itu tiba-tiba keluar di persimpangan lalu mengubah haluan masuk ke laluan utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disebabkan jarak terlalu dekat, beliau berkata, pemandu kereta itu tidak sempat mengelak lalu melanggar warga emas terbabit.

Akibat kemalangan tersebut, katanya mangsa bernama Sudirman Kasim, 67 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Wan Mohd Zahari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast