PENUNTUT UPSI yang maut dalam kemalangan melibatkan bas eskpres di JRTB, Geri, Perak, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Terengganu menyalurkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM3,000 kepada 15 keluarga penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan membabitkan bas ekspres kelmarin.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sejumlah RM1,000 telah diberikan kepada keluarga mangsa baru-baru ini.

Selain itu kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini juga bersetuju menyalurkan bantuan kebajikan sebanyak RM1,000 kepada 33 mangsa yang terlibat dalam kemalangan terbabit.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

“Pihak kerajaan negeri sangat terkesan dengan tragedi ini dan komited untuk membantu sebaik mungkin.

“Kerajaan negeri juga memohon seluruh rakyat Terengganu agar terus mendoakan kesejahteraan mangsa yang terlibat dan semoga keluarga mereka diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kemalangan di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak, kelmarin, 15 penuntut UPSI yang kesemuanya berasal dari Terengganu maut selepas bas dinaiki mereka untuk pulang ke kampus di Tanjung Malim, Perak terbabit dalam kemalangan ngeri. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast