Anwar Ibrahim Foto MOHD ADZLAN, 10 JUN 2025.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu dapat memastikan projek dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan efisien selain setiap projek memberikan faedah kepada hampir 100,000 ahli koperasi.

“Satu projek yang diberikan dan diluluskan kerajaan, manfaatnya adalah kepada 100,000 orang. Ia munasabah berbanding kita berikan suntikan dana secara terus, geran bantuan kewangan.

“… lebih baik bagi projek, kerja lebih baik, kos munasabah, cepat siap dan efisien,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi PDRM Berhad ke-90 di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan meminta pihak pengurusan koperasi PDRM mengemukakan laporan prestasi kepada beliau dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bagi meneliti potensi ruang kerjasama yang boleh diteroka.

“Saya akan berikan arahan kepada Menteri Kewangan II dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan untuk mencari jalan untuk memastikan keuntungan yang diperoleh Koperasi PDRM memberikan manfaat kepada ahlinya,” katanya.

Turut hadir Saifuddin Nasution dan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain merangkap Yang Dipertua Koperasi PDRM Berhad. -BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast