Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat lokasi kebakaran yang berlaku ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 JUN 2025

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri meminta agar laporan siasatan lengkap kebakaran Sekolah Menengah Sains Alam Shah, di sini disediakan segera supaya segala bentuk bantuan dan pemulihan dapat disalurkan dengan pantas dan berkesan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melawat sekolah berkenaan hari ini berkata, impak kemusnahan itu cukup menyentuh hatinya kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada prasarana sekolah, tetapi juga kepada semangat murid-murid dan warga pendidik yang begitu komited dalam usaha membina masa depan generasi muda.

Kesan kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 13 JUN 2025

“Semoga seluruh warga sekolah, para pelajar, guru dan staf terus diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

“Insya-Allah, kita akan pastikan usaha pemulihan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesinambungan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Kebakaran yang berlaku awal minggu ini telah memusnahkan beberapa bahagian penting sekolah termasuk blok pentadbiran, bilik guru, makmal dan kemudahan lain. – MalaysiaGazette

Blok pentadbiran SM Sains Alam Shah musnah terbakar  

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast