Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres gesa Israel dan Iran henti semua bentuk serangan ketenteraan.

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa Israel dan Iran agar segera menghentikan semua bentuk serangan ketenteraan susulan peningkatan ketegangan antara kedua-dua negara.

“Masa untuk hentikan semua ini. Keamanan dan diplomasi mesti diutamakan,” tulis Guterres dalam satu hantaran di platform X sebentar tadi. 

Gesaan itu hadir selepas siri serangan balas antara kedua-dua negara minggu ini, apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas wilayah Iran sebagai tindak balas terhadap peluru berpandu dan dron yang dilancarkan Tehran ke arah Tel Aviv. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast